Friday, July 27, 2012

Doa seorang isteri

Untuk para steri...

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

source adik irine

Thursday, July 12, 2012

honeymoon part 2-miyako jima


tetibe je ada part 2,part 1 mane??!
hehe part 1 honeymoonnya kat krabi,time tgh fresh2 nikah lg,3rd day kawen trus terbang g Krabi,gelojoh bukan?no no no,its not bout gelojoh la,sbb kesuntukan masa,encik suamiku tme tu balik 2minggu je kot,seminggu sebelum kahwin n xsmpai sminggu da kene balik Jepun balik,kerja nye pasal..
So since side laki belum buat majlis lg,hr ke 3 pas kawen je trusla ktrg g honeymoon,hehe rumah sedara mara pon xsempat nak bertandang lg(sampai la sekarang,ish3 excuse kan la kami yang bercnta jarak jauh selama 6 tahun,pas kawen 5hari kene `berpisah` lagi,mane x gelojoh kan:P:P)

eh eh skg ni xmo cite topik Krabi(later later la i akan share story pasal trip to Krabi ye),skgni nak cite cite fresh lagi,iaitu weekend honeymoon to miyako-Island!

Miyako-Island?mane tu?xglamer pongg!
ye ye memangla miyako-jima(jima=island) x seglamor krabi ke phuket ke,tapi tuk orang jepang ni,ni adalah salah satu pulau yang tercantek la kt Jepun ni..

N kebetulan miyakojima ni dekat je ngan pulau kitorang stay skg(Okinawa is also a pulau),take only 45mins by plane n bile check2 tiket,teramat la murah(return ticket only cost u 8000yen,so cheap ok!),terusla kitorang grab the chance!

before pergi dah siap2 book rental car(tp agak last min so yang tinggal yg standard price aja la)..
rental car tuk 3hari cost u 10000yen(lg mahal dr tiket flite!)

N hotel jugak kitorang da book awal2..
one thing xsuka klo cuti-cuti jepun ni,harga hotel adalah sangat mahal!
bilik yang plg chikia plg standard nye cost u 4500yen~
kalau kat krabi ke china ke korea ke,nilai 4500yen tu da boleh dapat bilik yang best2 besar2 da kan,n satu lagi kt sini die suka ikut harga per person instead of per room!
tp kitorang ngelat la kan,ambil bilik single n daftar tuk sorang je,so amenities semua tu die sediakan tuk srg je la..

after survey2 review2,kitorang decide book hotel Island Coral Hotel

our hotel..

not bad la hotel ni,basic semua ada,plus dorg sediakan bfast roti lg.
first day sampai miyakojima tu,after setel amk rental car n check in hotel,1st destination was ikema bridge..ikema bridge ni bridge yang menyambungkan pulau miyako dan jgk pulau kecil ikema..view bridge ni subhannallah sangatla cantekk..ape yg best miyakojima ni,semua tempat2 k menarik ni dorang da sediakan best view spot,so sngla nak tgkp gmbr terbaik ala2 dlm majalah tu kan..ikema ni ke arah north miyakojima,with 1425m long..

next,nishihennazaki cape,kt cni attraction nye 3batang kincir angin (windmill) yang besauu dan ditaja oleh okinawa denryoku(Okinawa Power)..time sampai th dah sunset,so lepak jap tgkp2 gmbr cukupkan syarat..bnd2 cmni laki i la yg semangat nak tgk..

gemok terlampau*sigh*


bile malam je kitorang mati kutu sebab mmg bandar yang mati,pusing2 carik reataurant seafood,las2 try n error satu kedai ni..ternyata ia nya error,sbb xdakk set menu pon(biasa kt sini mst ade teishoku-nasi+lauk+miso soup+salad),tp sbb da termasuk,order jela lauk satu2,mcm kt mesia plak hehe..

NExt day pagi2 lagi dah bangun,semanggat sbb activty full sampai la malam..

Pagi around 830 after bfast kitorang gerak p 吉野海岸 tuk snorkeling!!!sebelum pegi tu mamng da check guidebook yg dpt dr rental car person tu,n dlm internet jugak ckp yoshino kaigan ni most beautiful spot to snorkeling n ternyata tidak mengecewakan,sumpah cantek kagum gile!!
masuk xsmp 2 meter je da blh nampak ikan n coralss.subhanallah punya la kagum(walopon pakai life jacket,hek3)

n kitorang agak lucky bile dah dkt nk patah balik tu,tetbe dtg segerombolan ikan kuning hitam,sangatla banyak!punyala ku excited nak masuk lagi dalam nk kaco ikan tu,sbb hasben ku blh dive,so die la g tgkp gmbr2 dari dalam

antara photo2nya:



kitorang snokeling dkt 2jam jugakla,sekejap je rasa,tuptap2 dan dkt kul 12..

next must-visit-place is higashihennazaki...ha ni adalah tanda penghujung pulau,sbbtula diletak lighthouse..again,the spectacular view..



entrance of higashi-cape
us with lighthouse


what a nice view...



ok,dah terlampau panjang ni,ada 3 tempat lg yg sangat santekk tuk dikongsi bersama,next post la kot,hehe..

dikesempatan ini,ku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak,semoga ibadah kite bertambah baik tahun ni,dan semestinya hilang satu nikmat berpuasa(kemeriahan berbuka puasa) bila terpaksa berpuasa di Jepun ini:(


haritu menggedik g tukar layout blog segala,tgk2 link blogs kt sidebar tu semua da hilang(=_=)
terpaksala perah otak sikit demi sedikit tuk mengingati dan mencari link blog budak2 ni,aish..

p/s:kamu2 yang cantek jelita yag terbaca blog ni n perasan dlu ku ada bookmark link korang, saya amat berterima kasih jika anda2 semua sudi tuk tinggalkan address blog korang(esp scippian n aaj)

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 3, 2012

honeymoon part 2

coming soonnn!!

source:googleimage

puding roti sos kastad


xsure pernah tempek x resepi ni,tapi ku sangat suka resepi ni,simple n sedap,hee tq to akak/adik/makcik yg cipta resepi ni,i loikee:)

source:myresipi.com

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla*skipped*
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)*skipped*
  • 1 s/b buah pala *(optional)*skipped*
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair *i guna fresh milk lam kotak tu pn okei*
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.*kene sangat sebentar sblum dia kastad tu berketul*
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...