Thursday, December 8, 2011

hye Spirulina



Sebelum ni dh banyak kali sebenarnya my MIL suh makan spirulina ni,katanya sangat2 berkhasiat,tp kitorang dua2 ni masuk telinga kanan kluar telinga kiri,hee malas nk makan..
Lagi2 encik suami tu ada resdung n ibu ckp spirulina ni bagus tuk resdung,so alhamdulillah akhirnya harini kami terbukak hati tuk beli spirulina ni dan suda pon mkn,since spirulina ni bentuk pil,so xdela masalah tuk telan..
Alang2 dah makan ni,nk la tahu kan ape kelebihan spirulina ni sebenanya,ape ni spirulina,jadi pn.surirumah ni pn cubala google2 dalam BM English Jepon carik information pasal spirulina ni..
Setelah godek2,rasanya article yg saya copypaste ni mudah tuk faham ape kelebihan spirulina ni.....

Source: http://coklatkismisdoa.com/?page_id=15

i. APA ITU SPIRULINA?
Spirulina adalah nama bagi satu bentuk makanan tambahan yang mirip kepada
Chlorella dan Aphanizomenon flos-aquae (Alga Biru Hijau). Spirulina ialah sejenis rumpair berwarna biru kehijauan yang mendapat namanya daripada bentuknya yang berpilin. Ia mempunyai kandungan nutrien yang amat luar biasa, yang tidak pernah dilihat pada mana-mana jenis makanan, tumbuhan, bijirin atau herba. Spirulina wujud dalam dua jenis spesis cyanobacteria: Arthrospira platensis, dan Arthrospira maxima. Menurut WHO “SPIRULINA” merupakan suplemen terbaik abad 21. FAO: “Spirulina adalah suplemen ideal masa depan”.


ii. KANDUNGAN SPIRULINA?


Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi ‘fitonutrien’ seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh dan mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit auto immune. Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.



iii. KELEBIHAN SPIRULINA



Spirulina merupakan salah satu makanan yang paling produktif di dunia Spirulina menawarkan lebih nutrien berbanding dengan makanan lain. Spirulina membekalkan protein sebanyak 20 kali ganda lebih daripada kacang soya dan 200 kali ganda lebih daripada daging lembu. Dengan pemeliharaan Spirulina, kita dapat membantu untuk menghentikan pemusnahan hutan bagi menjadikan kawasan penanaman makanan. Secara tidak langsung, dengan pengambilan Spirulina juga kita dapat menyumbang dalam pemulihan kesihatan planet kita ini.



Antara kelebihan spirulina yang dikenalpasti:



a) Membantu merawat tonik otak

b) Membantu merawat kencing manis

c) Membantu merawat buah pinggang

d) Membantu merawat sakit sendi

e) Membantu merawat gout

f) Membantu merawat migrain

g) Membantu merawat barah

h) Membantu merawat gastrik

i) Membantu merawat membersihkan usus

j) Membantu merawat radang hati

k) Membantu merawat radang paru-paru

l) Membantu merawat anemia

m) Membantu merawat lukemia

n) Membantu merawat penyakit kulit

o) Membantu merawat ibu mengandung

p) Membantu merawat sakit jantung

q) Membantu merawat ibu menyusukan anak

r) Membantu merawat kanak-kanak

s) Membantu menambah tenaga

t) Membantu merawat darah tinggi

u) Membantu merawat luka

v) Membantu merawat melecur

w) Membantu merawat melancarkan darah

x) Membantu mencantikkan kulit

y) Membantu mempercepatkan proses penyembuhan

z) Membantu sistem ketahanan badan

aa) Melambatkan sindrom putus haid

bb) Mengelakkan penyakit sukar tidur

cc) Membantu menyegarkan tubuh

dd) Membantu melegakan batuk

ee) Membantu mengeluarkan kahak

ff) Membantu merawat lelah (asma)

gg) Membantu merawat penyakit nyanyok (alzheimer)

hh) Membantu merawat penyakit parkinson

ii) Membantu merawat penyakit tiroid

jj) Membantu mengurangkan tekanan (stress)

kk) Membantu merawat buasir

kesimpulannya,spirulina ni as dietary supplement yg sesuai tuk semua pakcikmakcik,ibuibu,bapak2,kanak2,especially yg mudah rasa penat+mudah kene selsema(saya la tu!)..
So yg kitorang beli ni satu paket tu ada 2400biji(hambek kau!),satu hari die suh makan dalam 40biji,tp mcm byk je,so skali amik dlm 5-7biji je..

inila rupa sebenar spirulina
(image source:Wikipedia)

google lg,untuk ibu2 mengandung pon xde masalah tuk makan ye..InsyaAllah akan teruskan makan sebab kt nihon ni,spirulina ni sangatlaa murah nk berbanding Mesia,sebab org2 Jepun ni dah lama dah amal spirulina ni,dhla satu paket tu ada 2000pcs,byk kot..

oh sape2 nk kirim spirulina ni do ctc me k
http://www.emocutez.com

4 comments:

secret lover said...

nak!
murah tak?
nnti balik Malaysia beli banyak2 for me? -aklima-

peaknee said...

@aklima:
heee boleh2,ak5 mmg dh slalu makan ek spirulina ni,klo u nak i boleh belikan,rasanya murah sbb ada 2000pcs kan,kat mesia brapa sbnrnya ek huhu

secret lover said...

alamak..nnti nk g survey kat farmasi then i'll get back to u ya :D

peaknee said...

@aklima:
ok dear,rasanya kt nihon ni lg murah since die jual dlm quantity yg bnyk,klo dh confirm nnt emel me peaknee2330@yahoo.com k:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...