Saturday, November 22, 2008

Kerajaan tidak sentiasa turunkan harga petrol: Najib

LIMA (Peru): Kerajaan tidak akan sentiasa mengurangkan harga runcit petrol dan diesel apabila harga minyak mentah dunia turun kerana ia tidak menentu dan boleh naik lagi dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, menurunkan harga terlalu cepat dan sangat rendah boleh menyebabkan kesan tidak baik terhadap usaha membangunkan sumber tenaga alternatif.

"Harga minyak rendah "ia tidak boleh bertahan, ia akan naik (dan) apabila harga naik, ia perlu dikaji semula," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Miraflores sini Jumaat, ketika ditanya mengenai kesan harga rendah petrol terhadap Petronas dan ekonomi negara.

Beliau kini berada di ibu negara Peru untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang bermula di sini, hari ini.

Najib bercakap kepada wartawan setelah menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Peru di sini di mana beliau menyampaikan sumbangan AS$5,000 kepada pusat berkenaan.

Najib berkata kebanyakan pengusaha pam petrol mendapati sukar dengan harga yang tidak menentu itu berdasarkan pada harga harian dan malahan mingguan, mereka mahu sedikit penentuan dalam harga petrol.



komen di mata kasar pembaca:aela,kecoh btol,ape slhnye klu hrg myk xmenentu,time myk rndh,trnkan jela,huh....kt nihon ni relax je,smlm 140yen/l,harini 124yen/l,besok 119yen/l,lusa lak 120yen/l,ikutjela pasaran semasa..n perlu ke stiap kali trun hrg myk kne annouce2 sgala,i dun think so............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...